Antologi Puisi GKLN 2012

Sasaran: 50 penulis GKLN seluruh dunia

Tarikh tutup: PENYERTAAN KINI TELAH DITUTUP




Info Projek



ANTOLOGI PUISI BERUNSUR ISLAM
GKLN 2011-2012




PENGENALAN

Antologi Puisi Berunsur Islam GKLN 2012 merupakan sayembara puisi yang dianjurkan oleh Grup Karyawan Luar Negara (GKLN) untuk seluruh ahlinya yang mewakili pelbagai negara.
Meskipun memiliki berbilang latar pendidikan, masyarakat, dan koordinat geografi yang berbeza, antologi ini akan menjadi wadah yang menyatukan fikrah para peserta. Antologi ini akan membentuk dimensi baru bagi mengisi kekosongan relung jiwa penyajak muda di samping dapat menghubungkan sesama mereka untuk tujuan dan nuansa yang sama; mengangkat nilai kesusasteraan Islami ke peringkat yang lebih tinggi.

OBJEKTIF

1. Menawarkan dunia penulisan kreatif sebagai salah satu wadah menyampaikan mesej dakwah dan pemikiran kritis di samping meningkatkan penghayatan para peserta dalam aspek keagamaan menerusi penulisan puisi yang bertemakan keagamaan dan berunsurkan Islam. Hal ini diharapkan dapat membantu memperbaiki jati diri dan kesedaran mereka sebagai pelajar Muslim.

2. Menambah minat dan penglibatan para peserta dalam bidang sastera khususnya penulisan puisi.

3. Melahirkan masyarakat Islam yang lebih dinamik dan seimbang yang bukan sahaja cemerlang dalam aspek sains tetapi juga dalam aspek cipta kreatif. Memandangkan majoriti pelajar luar negara adalah pelajar jurusan sains, maka usaha melibatkan mereka dengan penulisan akan menjadikan mereka lebih fleksibel dan serba boleh dari segi pengalaman dan kemahiran, bukan sahaja dalam aspek sains, tetapi juga dalam aspek bukan sains dan kerohanian.

4. Memberi ruang kepada pelajar Malaysia di luar negara untuk mengikuti aktiviti sastera dan penulisan yang lebih tersusun. Terdapat segelintir pelajar di luar negara yang berminat mendekati dunia penulisan, namun kebatasan ruang dan peluang untuk berkarya membuatkan usaha ini menjadi terbantut.