Antologi Puisi GKLN 2012

Sasaran: 50 penulis GKLN seluruh dunia

Tarikh tutup: PENYERTAAN KINI TELAH DITUTUP




ANTOLOGI PUISI BERUNSUR ISLAM GKLN 2011-2012

ANTOLOGI PUISI BERUNSUR ISLAM
GKLN 2011-2012




PENYERTAAN KINI TELAH DITUTUP
Terima Kasih Kepada Semua Peserta Yg Mengambil Bahagian!! 


50 PESERTA


AHLI GKLN SELURUH DUNIA


100 SAJAK/PUISI (2/penyertaan)

TEMA ISLAMI



ADAKAH ANDA INGIN MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA FENOMENA INI?



Syarat Penyertaan

Syarat Penyertaan

1. Antologi ini terbuka kepada semua pelajar Malaysia yang menepati syarat - syarat berikut:

  • Pelajar yang akan ke luar negara di kolej persediaan seperti Kolej Mara Banting & Seremban, International Education Centre (INTEC) dan sebagainya.
  •  Sedang menuntut di luar negara.
  •  Telah menjadi ahli GKLN yang sah dan menyertai yahoogroup GKLN. klik sini untuk menjadi ahli
  •  Menuntut di negara yang dirangkumi oleh GKLN.
  •  Peserta yang pernah menuntut di luar negara sama ada untuk ‘twinning program’ atau tamat pengajianjuga layak menghantarkan penyertaan.


2. Setiap karya hendaklah mempunyai unsur moral dan pengajaran dengan menyentuh mana-mana aspek seperti:

  •  Sejarah Islam.
  •  Nilai tamadun kerajaan Islam silam.
  •  Tokoh Islam.
  •  Dakwah dan tarbiyah.
  •  Aspek perjuangan menegakkan syiar Islam.
  •  Kritikan sosial dan sikap umat Islam.
  •  Isu-isu semasa dunia Islam.
  •  Kocak politik dan ekonomi negara-negara Islam.
  •  Keamanan atau kezaliman khususnya yang melanda negara-negara Islam seperti Iraq, Palestin dan sebagainya.
  •  Aspek sains dan teknologi yang membabitkan umat Islam.
  •  Lain-lain aspek yang berkaitan.


3. Karya hendaklah asli (bukan saduran atau terjemahan), belum pernah tersiar atau diterbitkan di mana-mana media cetak dan belum pernah menyertai sebarang peraduan lain. Sekiranya karya tersebut pernah disiarkan di blog, diharap dapat menarik balik karya tersebut dari blog sebelum keputusan diumumkan.

4. Setiap karya yang dihantar tidak akan dipulangkan dan pihak penganjur berhak menyiarkan karya tersebut (di buletin, majalah, weblog dan yahoogroup GKLN) tanpa perlu izin rasmi penulis, namun hak cipta karya tetap di tangan penulis.

5. Panjang puisi adalah bebas.

6. Sasaran peserta : Hanya 50 peserta sahaja akan terpilih (sama ada menang atau tidak) akan dipertimbangkan untuk dibukukan.

7. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Mac 2012.

8. Terma dan syarat tertakluk pada pindaan.

9. Hantarkan karya atau sebarang soalan/kemusykilan ke gkln_sayembara@yahoo.com.

Penilaian

1. Hantarkan 2 buah puisi (wajib 2 buah) yang memenuhi syarat-syarat karya.
2. Puisi-puisi akan dinilai secara ‘kombo’.

Notis Khas

Notis Khas untuk peserta Antologi Puisi Kanak-Kanak & Remaja 2010-2011

Anda boleh memilih untuk menghantar karya baru atau memilih dua (2) karya terbaik untuk dimasukkan ke dalam Antologi Puisi Berunsur Islam 2011-2012

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Penyelenggara di gkln_sayembara@yahoo.com